>> Soal Jawab

Solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh hari Jumaat

Soalan: Saya pernah terbaca bahawa sekiranya Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) jatuh pada hari Jumaat maka jika kita telah mengerjakan solat raya maka tidak lagi wajib kita mengerjakan solat Jumaat. Memadai dengan bersolat Zuhur. Adakah ini benar?

Jawapan: Benar pendapat saudara di atas. Bagi orang yang telah mengerjakan solat sunat Hari Raya di pagi Jumaat, tidak wajib baginya untuk mengerjakan solat Jumaat, hanya wajib mengerjakan solat Zuhur. Tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan solat sunat Hari Raya, maka wajib ke atasnya solat Jumaat.













Hak Cipta Terpelihara 2012 :: The New Straits Times Press (M) Berhad :: BH Online