>> Soal Jawab

Ketika bersahur, terdengar azan

Soalan :

Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan

Jawapan: Terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.



Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.



Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh).













Hak Cipta Terpelihara 2012 :: The New Straits Times Press (M) Berhad :: BH Online