Air termasuk hidung semasa wuduk
Soalan: Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa berwudhu'. Seseorang yang berpuasa, apabila ia mengambil wuduk dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya?
Jawapan: Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkomor atau istinsyaq dan air termasuk ke dalam rongga hidung terus ketekaknya - tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.
|
|
Hak Cipta Terpelihara 2012 :: The New Straits Times Press (M) Berhad :: BH Online